intro

;

SEJARAH SEKOLAH SMK DATO' SHEIKH AHMAD SAID


Sekolah ini telah dibuka pada bulan Januari 1966 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Kampung Merbah, Seremban. Pada 31 Mei 1968 pula Menteri Pelajaran Yang Berhormat En. Mohd Khir Johari telah merasmikan sekolah ini. Namanya ditukar menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad.

Mata pelajaran Seni Perusahaan telah dimulakan di sekolah ini untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Sekolah ini telah menjadi pusat rujukan Jabatan Seni Perusahaan bagi sekolah-sekolah lain. Jabatan Seni Perusahaan ini menjadi model bagi sekolah-sekolah di sekitar daerah Seremban yang memulakan mata pelajaran tersebut.

Pada bulan Jun 1966, sekolah ini mepunyai tiga blok bangunan termasuk blok pentadbiran. Bangunan tersebut mempunyai 12 buah kelas yang menampung kira-kira 459 orang murid termasuk 19 orang guru, pengetua dan 8 orang kakitangan. Pada tahun 1967 bilangan kelas bertambah kepada 27 buah.

Pada tahun 1968, semua pelajar perempuan telah dipindahkan ke Sekolah Tunku Ampuan Najihah . Sekolah ini hanya menempatkan pelajar lelaki sehingga tahun 1982. Pada tahun tersebut pelajar perempuan ditempatkan di Kelas Peralihan dan Tingkatan 2.

Pada tahun 1995, kelas aliran agama diwujudkan dengan pengambilan pertama seramai 26 pelajar lelaki. Dua buah bilik telah diubahsuai menjadi asrama untuk penempatan mereka. Pada tahun tersebut, sekolah ini juga menempatkan 7 org pelajar Bakat Bola Tampar Lelaki. Kemudian pada tahun 1998 Kelas Aliran Agama telah dibuka kepada pelajar perempuan dan ditutup pengambilannya untuk pelajar lelaki.

Pada tahun yang sama juga, sekolah ini dinaikan ke Gred A dan pada tahun 2000, 4 blok bangunan 4 tingkat dibina di padang sekolah menempatkan 1 blok asrama perempuan, 1 blok Bengkel Kemahiran Hidup dan 1 Blok Makmal Sains. Di blok yang sama ditempatkan bilik-bilik khas seperti Bilik Kaunseling, Bilik Mesyuarat, Makmal Bahasa, Bilik Pendidikan Seni Visual dan lain-lain bilik untuk kepentingan pengajaran dan pembelajaran. Asrama sekolah menempatkan pelajar perempuan dari Kelas Aliran Agama dan juga pelajar Bakat Bola Tampar dari seluruh Negeri Sembilan.

Pada hari ini SMK Dato' Sheikh Ahmad merupakan sebuah sekolah yang sudah jauh berubah dari segi kemudahan prasarana, suasana P&P yang lebih kondusif dan menepati keperluan pelajar yang dahagakan ilmu. SMK Dato' Sheikh Ahmad hari ini menampung seramai 556 pelajar iaitu 223 pelajar lelaki dan 333 pelajar perempuan. Jumlah guru tetap seramai 47 orang dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan telah menempatkan 10 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih. Jumlah Kakitangan sokongan pula ialah seramai 10 orang. Dan selebihnya Kakitangan Swasta yang ditugaskan menjaga kebersihan. Pada tahun 2008, sekolah ini telah menawarkan Tingkatan 4 Sains Aliran Agama kepada pelajar-pelajar yang berminat meneruskan pelajaran dalam bidang Agama dan Bahasa Arab dan masa yang sama mengambil mata pelajaran Sains Tulen.

8 comments:

  1. windu SDSA,terima kasih2 banyak2 kpada smua guru2 yg pnh mgajar n mendidik sya slme sy brada diskolah ini..jasa mu tetap ku kenang...(cikgu fuziah,utzh samiah,utazah hasni n pn mala)

    ReplyDelete
  2. hmm rindu jugakk kat dsa nie. .rindu kat kawan2 lame. .cikgu2 saye. .well kat sane bnyk pengalaman yg best. .terutame kat hostel ngan kengkawan. .sweet moments with u all sdsa. .

    ReplyDelete
  3. A warm greeting from me.
    X student of SMK DATO 'SHEIKH AHMAD.

    I would like to meet back all students and teachers from this school.

    name : SARASWATHY
    SPM: 1992
    pls reply sarapandian@gmail.com

    ReplyDelete
  4. best class history of SDSA..5C N 5D 1996 SPM

    ReplyDelete
  5. Cikgu Nava the Great man...ur still in our mind we won't forget you...1996 SPM batch.

    ReplyDelete
  6. Saya batch pertama kelas aliran agama 1995... ;)

    Selamat berjaya semua...

    ReplyDelete
  7. Tawaran menyambung pelajaran peringkat Diploma. Sila layari http://tawaran-masuk-ipt.jimdo.com untuk info program-program yang ditawarkan.
    Selain itu dipelawa kepada pihak sekolah sama ada murid-murid atau guru-guru untuk meyertai kursus jangka pendek Product atau Graphic Design yang boleh diadakan di sekolah ini pada musim cuti sekolah akan datang. Sila hubungi saya untuk perbincangan

    ReplyDelete
  8. saya bersekolah di sini dari 1981 hingga 1985... sekolah pelajar lelaki sahaja....tahun 1982 baru ada pelajar peralihan dan tingkatan satu aliran petang...tak silap dari sekolah rendah jalan loop masa tu...

    ReplyDelete