intro

;
INTERNET PROBLEM.....M.A WILL UPDATE THIS BLOG SOON....

TaZkIrAh JuMaAt

6 Pertanyaan Imam Ghazali kepada muridnya...

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?

2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?

3. Apakah yang paling besar di dunia?

4. Apakah yang paling berat di dunia?

5. Apakah yang paling ringan di dunia?

6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Mudah kan soalannya...tapi ada cerita di sebalik soalan itu...Persoalan yang diajukan oleh Imam Ghazali ni wajar kita semua ambil iktibar dan di jadikan panduan..Mari sama-sama hayati cerita di sebalik persoalan tersebut.

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:


PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab : " Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185


KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab : " negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.


KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179.

KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab : " Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.


KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab : " Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.


KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab : ' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

another story from M.A

PPSMI di MANSUHKAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan menghormati segala pandangan termasuk pendirian Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), namun keputusan yang diumumkan Rabu lalu adalah muktamad.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pemansuhan PPSMI yang berkuat kuasa 2012 dibuat berdasarkan kajian mendalam termasuk menjalankan kaedah pensampelan di seluruh negara.

"Bahan-bahan yang kita terima membuktikan perubahan dasar perlu dibuat.

"Apa pun, kalau ada pihak yang memberi pandangan berbeza, kita hormati.

"Bagaimanapun keputusan yang dibuat (pemansuhan PPSMI) adalah muktamad," kata beliau selepas melancarkan program 1Malaysia peringkat Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tinjauan yang dijalankan melalui blog Dr. Mahathir yang menunjukkan 80 peratus daripada 26,000 pengunjung blog yang mengambil bahagian dalam tinjauan itu membantah pemansuhan PPSMI.

PERJELAS

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya akan memperjelaskan dengan lebih terperinci komponen-komponen baru untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris termasuk pengambilan guru-guru terlatih, pengukuhan tatabahasa, kesusasteraan bahasa Inggeris dan penambahan waktu mempelajari bahasa tersebut yang hampir mencapai hampir 100 peratus di peringkat sekolah rendah.

"Kita lakukan secara perlahan-lahan, jangan mengejut supaya kanak-kanak dalam kohort yang menghadapi zaman transisi ini diberi ruang supaya dia boleh selesaikan, kemudian baru kita masuk yang baru," katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata, dalam usaha melaksanakan dasar baru mengajar dan belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia, tumpuan akan turut diberikan kepada penterjemahan perbendaharaan kata merangkumi bidang sains, teknologi dan matematik.

Beliau berkata, kos yang besar diperlukan untuk melaksanakan dasar itu dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka serta Institut Terjemahan Negara akan turut diperkasa.

"Kabinet ada putuskan supaya perkara ini diberi tumpuan dan proses terjemahan dipercepatkan serta pengurusan yang ada hubung kait dengan sains dan teknologi dipertingkat.

"Mungkin juga buku-buku yang akan digunakan sebagai bahan rujukan akan diterjemahkan.

"Itu langkah-langkah susulan pelaksanaan dasar baru ini," katanya.

1MALAYSIA

Sementara itu, Muhyiddin berkata, konsep 1Malaysia di peringkat sekolah akan dilaksanakan melalui kegiatan kokurikulum.

"Pastinya kita mahu supaya anak-anak di sekolah memahami dan menghayati betapa pentingnya perpaduan antara kaum dan budaya di negara ini.

"Usaha ini dibuat untuk mendokong pimpinan kerajaan supaya menerusi sistem pelajaran Malaysia, konsep perpaduan negara akan diberikan penekanan yang lebih, maka program yang dianjurkan lebih kepada bentuk kokurikulum," katanya.