intro

;

HaRi KoPeRasi & KeUsaHaWanAn

Majlis Perasmian Hari Koperasi dan Keusahawan Sekolah
Peringkat Sekolah 2009

Tarikh:23 jun 2009
Hari: Selasa
Tempat: Dewan Sekolah SMK Dato' Sheikh Ahmad
Tetamu VVIP:
Guru-guru Dato' Sheikh Ahmad yang berdedikasi dan pelajar-pelajar Sheikh Ahmad yang bermotivasi.
Tema:
INTEGRASI KOPERASI SEKOLAH
&
KOPERASI DEWASA TERAS KECEMERLANGAN


Majlis ini berlangsung bertujuan memberitahu warga sekolah dan masyarakat
setempat akan kewujudan koperasi sekolah.Ia juga untuk memberitahu peranan
yang dimainkan oleh koperasi untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai
jati diri yang murni selaras dengan prinsip,nilai dan amalan koperasi.Selain itu,
majlis ini untuk menggalakkan semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah.

Pelbagai aktiviti telah berlangsung pada hari tersebut iaitu:

-perasmian oleh Pengetua Sheikh Ahmad.
-penyampaian cenderamata dan sumbangan kupon.
-acara penanaman pokok
-Anugerah Koperator Terbaik telah dianugerahkan
kepada Puan Norhayati Ali.

-bazar jualan dari peniaga berwawasan Sheikh Ahmad iaitu pelajar
Sheikh Ahmad sendiri.

-perlawanan futsal
-tayangan filem
-pertandingan gubahan
-car wash

click gambar...untuk lihat 'caption'nya...




PriDe Card

"Pride Card" adalah salah satu dari pelbagai program di Sheikh Ahmad nie....Haaa beruntung budak-budak sekolah nie...banyak tul program-program untuk dorunk.....antara program yang menjadi perhatian sepanjang masa di Sheikh Ahmad...Program ni lah..program 'Pride Card'...meh kita tengok apa objektif dan matlamat program 'Pride Card' ini sebenarnya...

Objektif :

1. Memberi anugerah kepada pelajar yang bertingkahlaku baik, menggalakkannya untuk mengekalkannya & memberi contoh kepada pelajar lain.

2. Memberi peluang kepada semua guru dan kakitangan sekolah untuk mengiktiraf tingkah laku baik pelajar.

3. Meningkatkan harga diri pelajar.

Matlamat :

Di akhir program ini diharapkan , semua murid akan mempunyai harga diri yang tinggi seterusnya mengelakkan tingkah laku negatif yang menjurus kepada salah laku disiplin.


Pengasas 'Pride Card' Sheikh Ahmad
Puan Asiah Yaacob Khan

Antara 'pride card' yang diberi.


Bagus juga budak-budak Sheikh Ahmad nie...Sampai penuh notice board nie dengan Pride Card.....bagus-bagus ...teruskan menjadi yang terbaik di kalangan budak-budak baik ya....

MeMoRi SheiKh AhMad

video

Tazkirah Jumaat

Syaitan Menolong Orang Ke Masjid

Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat. Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang di buat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair. Suatu hari, dia terjatuh ke dalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih.

Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk menyalin baju.

Kali ketiga, dia rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid.
Beliau bertanya kepada orang tersebut, "siapakah kamu"?. Orang itu menjawab , "Aku adalah syaitan"! Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut? Syaitan menjawab; "Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu"?

Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang buta pun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal...

PERTANDINGAN ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG (PERINGKAT NEGERI)

Pada 18 April 2009, Asrama SMK Dato` Sheikh Ahmad telah menyertai Pertandingan Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) yang bertempat di SMK Lukut, Port Dickson.

Antara acara yang dipertandingkan ialah:
-Nasyid Terbuka
-Bola jaring
-Catur
-Pidato Bahasa Inggeris
-Bahas Ala Parlimen
-Bola Sepak
-Nyanyian Solo


Asrama SMK Dato` Sheikh Ahmad telah menyertai beberapa acara seperti bola jaring, catur, nasyid terbuka, pidato Bahasa Inggeris dan nyanyian solo. Pasukan nasyid yang diketuai oleh Fateha bt Abdul Hamid telah mendapat tempat ke empat daripada 10 buah sekolah yang berjaya ke peringkat akhir. Pasukan nasyid sekolah dibimbing oleh Pn Mashitah bt Ismail.

Penutupan Perasmian dilaksanakan oleh YB Tuan Shamsulkahar bin Mohd Deli, Exco Pendidikan dan Pengajian Tinggi JPNS.

PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR KE BUKIT TINGGI.

Pada 28hb. Mei pihak sekolah telah menghantar 2 orang pelajar dan seorang guru bimbingan dan kaunseling ke Bukit Tinggi Sumatera Barat, Indonesia untuk menyertai Program Pertukaran Pelajar Seremban Bukit Tinggi. Program tersebut berakhir pada 8hb. Jun 2009.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar SMKDSA dengan pelajar dari Bukit Tinggi. Selain itu mereka juga dapat mengenali budaya dan cara hidup di sana .Mereka juga berpeluang untuk melawat tempat-tempat menarik yang ada di sana.

Pelajar yang mewakili sekolah adalah Dini binti Abdul Rahman dan Siti Aishah binti Zainal.

Semoga Mendapat Pengalaman Baru !!

BENGKEL KOMSAS



Pada 12hb. Februari 2009, Khamis pukul 12.30 hingga 2.30 bertempat di Dewan Sekolah, satu Bengkel Komsas telah diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan tentang unsur-unsur sastera kepada generasi muda khususnya untuk pelajar-pelajar menengah atas. Antara genre sastera yang dibengkelkan ialah seloka, gurindam, syair dan deklamasi sajak. Melaluinya pelajar-pelajar diajar untuk melagukan genre-genre tersebut. Sebagai hasilnya, mereka akan menjadi lebih berminat untuk mempelajari KOMSAS.

PROGRAM EASY MATHEMATICS

Pada 2 Mac 2009, bertempat di Dewan SMK Dato` Sheikh Ahmad dan Bilik APD, telah diadakan sebuah program Easy Mathematics (Modul 1). Pn Nora Azlina dan Pn Yap Moy Fong telah menyelaraskan program ini kepada pelajar tingkatan 2 dan 3. Seramai 240 orang murid telah menyertainya.

Proram ini bertujuan memberikan pelajar kefahaman dan kemahiran mengenai strategi dan teknik mempelajari Matematik. Program yang berlangsung bermula jam 7.40 pagi hingga 4.30 petang telah disampaikan oleh En Elfi Shirman Ahmad, En Mohd Salehudin dan En Azman daripada Wijaya Consultan. Program ini telah berlangsung dengan jayanya.

PELANTIKAN PENGAWAS

Pelantikan pengawas sekolah telah diadakan pada 30hb. Januari 2009 hari Jumaat pada pukul 7.30 pagi bertempat di tapak perhimpunan sekolah. Seramai 52 orang pengawas telah mendapat watikah pelantikan daripada pengetua Pn. Aishah binti Abu Bakar.

Ketua Pemimpin Pelajar ialah Mohd Taufiq Hidayat bin Ahmad dan Penolong Ketua Pengawas ialah Nur Aida binti Zainal.
Pada hari tersebut Mohd Taufik selaku Ketua Pemimpin Pelajar telah mengetuai bacaan ikrar. Mereka telah berjanji untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan bersungguh-sungguh dan penuh amanah.

Pada hari yang sama seramai 20 orang Pemimpin Rakan Sebaya telah mendapat watikah pelantikan daripada pengetua Pn Aishah binti Abu Bakar.

TAHNIAH KEPADA PENGAWAS-PENGAWAS YANG TELAH DILANTIK!!

PELANCARAN BULAN PUSAT SUMBER



Pelancaran Bulan Pusat Sumber SMK Dato' Sheikh Ahmad telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Pn. Aishah binti Abu Bakar pada, 6hb. April 2009 yang lalu. Program ini akan berlangsung selama satu bulan iaitu sehingga 6hb. Mei 2009.


Antara acara yang dipertandingkan dalam program ini ialah Pertandingan pembaca Nilam terbanyak, pertandingan membuat poster berkaitan Pusat Sumber, kempen membaca, pertandingan membuat Buku Skrap, menulis esei Bahasa Inggeris bertajuk ' Why Reading is Important', kuiz Matematik, Puzzle dan sebagainya. Selain itu pertandingan antara guru-guru juga diadakan seperti Pertandingan Membina Bahan Bantu Mengajar berdasarkan KBKK dan Power Point, Pertandingan pembaca buku terbanyak antara guru-guru. Bagi mencungkil bakat pelajar Pertandingan Berbalas Pantun dan Deklamasi Sajak turut diadakan.

kEJOHANAN SUKAN TAHUNAN...

Kejohanan Sukan Tahunan telah diadakan pada 19hb Febuari. 2009 iaitu bersamaan hari Khamis pada pukul 8.00 hingga 1.00 tengah hari. Acara yang di pertandingkan pada hari tersebut ialah acara larian 100 meter bagi 4 kategori lelaki dan perempuan, 50 meter bagi kategori Pendidikan Khas, sukaneka, larian 400meter bagi 4 kategori lelaki dan perempuan, larian 4 X 100meter, 4 x 400 bagi lelaki dan perempuan dan pertandingan perbarisan. Acara sukan tamat pada pukul 1.00 tengah hari dengan diakhiri oleh acara penyampaian hadiah olehTuan Pengetua, Puan Aishah binti Abu Bakar.

ANUGERAH CEMERLANG DAN MESYUARAT PIBG


Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 27hb. Mac 2009, pukul 2.30 hari Jumaat bertempat di Dewan Sekolah.

Perasmian oleh bekas pelajar sekolah ini Dato’Abdul Halim bin Haji Latif, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban.

Dalam majlis tersebut telah diadakan penyampaian” Anugerah Cemerlang” pelajar PMR dan SPM 2008.
Pelajar Cemerlang Aliran Agama PMR: Alaa bt. Zain Al-Aabidin, manakala Pelajar Cemerlang Aliran Biasa PMR ialah Siti Aishah binti Zainal

Pelajar Cemerlang Aliran Sains SPM: Nathan Kumar
Pelajar Cemerlang Aliran Sastera SPM: Muhd. Al-Fateh.

Majlis itu juga menyampaikan cenderamata kepada AJK PIBG 2008/2009 dan kepada guru-guru yang anak mereka mendapat pencapaian cemerlang dalam peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM.

Majlis diakhiri dengan Mesyuarat Agung PIBG...

TAHNIAH KEPADA AJK PIBG YANG BARU DAN TERIMA KASIH KEPADA AJK YANG LAMA, YANG TELAH BANYAK MENYUMBANG BAKTI KEPADA SEKOLAH INI.



SAMBUTAN TAHUN BARU ISLAM MAAL HIJRAH TAHUN ) 1430HIJRAH MERIAH!!

YM Ust. Hapizi sedang menyampaikan ceramah

Kehadiran tahun baru Islam 1430 Hijrah merupakan salah satu daripada hari kebesaran Islam yang disambut setiap tahun. Sambutan Maal Hijrah merupakan salah satu usaha untuk memupuk semangat hijrah dalam diri individu muslim. Pihak Panitia Pendidikan Islam SMK Dato’ Ahmad berbesar hati menganjurkan Sambutan Maal Hijrah tahun ini bagi meneruskan kesinambungan syiar Islam.

Sambutan Majlis Peringkat Sekolah ini telah diadakan pada 23. Januari 2009 bertempat di Dataran Perhimpunnan Sekolah. Acara berlangsung dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 9.30 pagi.

Penceramah yang dijemput pada pagi itu ialah Yang Mulia Ustaz Mohd. Hapizi bin Mohd. Ali (Penolong Pengarah Operasi Dakwah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan). Beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk : “Rasulullah sebagai Ikutan Pelajar”, beliau memberi penekanan kepada aspek kepimpinan pelajar dan mengingatkan pelajar supaya membina sifat kepimpinan dan sayang–menyayangi antara satu sama lain kerana perjuangan menegakkan Islam bermula daripada kesepaduan ummah. Beliau juga mengingatkan pelajar supaya sentiasa peka kepada perjuangan ummah Islam seluruh dunia dan mengambil ikhtibar tentang peristiwa perjuangan rakyat Palestin menentang kezaliman zionis di Palestin.

Beliau juga menyentuh tentang sikap senior-senior yang suka membuli pelajar junior. Beliau merayu semua pelajar senior terutamanya pelajar lelaki supaya menukar sikap daripada jadi pembuli kepada pelajar baru kepada sikap menyayangi, memimpin mereka serta memberi tunjuk ajar kepada mereka ke arah sifat yang diredhai Islam.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan jamuan ringan di kantin sekolah. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Mulia Ustaz.

SEJARAH SEKOLAH SMK DATO' SHEIKH AHMAD SAID


Sekolah ini telah dibuka pada bulan Januari 1966 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Kampung Merbah, Seremban. Pada 31 Mei 1968 pula Menteri Pelajaran Yang Berhormat En. Mohd Khir Johari telah merasmikan sekolah ini. Namanya ditukar menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad.

Mata pelajaran Seni Perusahaan telah dimulakan di sekolah ini untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Sekolah ini telah menjadi pusat rujukan Jabatan Seni Perusahaan bagi sekolah-sekolah lain. Jabatan Seni Perusahaan ini menjadi model bagi sekolah-sekolah di sekitar daerah Seremban yang memulakan mata pelajaran tersebut.

Pada bulan Jun 1966, sekolah ini mepunyai tiga blok bangunan termasuk blok pentadbiran. Bangunan tersebut mempunyai 12 buah kelas yang menampung kira-kira 459 orang murid termasuk 19 orang guru, pengetua dan 8 orang kakitangan. Pada tahun 1967 bilangan kelas bertambah kepada 27 buah.

Pada tahun 1968, semua pelajar perempuan telah dipindahkan ke Sekolah Tunku Ampuan Najihah . Sekolah ini hanya menempatkan pelajar lelaki sehingga tahun 1982. Pada tahun tersebut pelajar perempuan ditempatkan di Kelas Peralihan dan Tingkatan 2.

Pada tahun 1995, kelas aliran agama diwujudkan dengan pengambilan pertama seramai 26 pelajar lelaki. Dua buah bilik telah diubahsuai menjadi asrama untuk penempatan mereka. Pada tahun tersebut, sekolah ini juga menempatkan 7 org pelajar Bakat Bola Tampar Lelaki. Kemudian pada tahun 1998 Kelas Aliran Agama telah dibuka kepada pelajar perempuan dan ditutup pengambilannya untuk pelajar lelaki.

Pada tahun yang sama juga, sekolah ini dinaikan ke Gred A dan pada tahun 2000, 4 blok bangunan 4 tingkat dibina di padang sekolah menempatkan 1 blok asrama perempuan, 1 blok Bengkel Kemahiran Hidup dan 1 Blok Makmal Sains. Di blok yang sama ditempatkan bilik-bilik khas seperti Bilik Kaunseling, Bilik Mesyuarat, Makmal Bahasa, Bilik Pendidikan Seni Visual dan lain-lain bilik untuk kepentingan pengajaran dan pembelajaran. Asrama sekolah menempatkan pelajar perempuan dari Kelas Aliran Agama dan juga pelajar Bakat Bola Tampar dari seluruh Negeri Sembilan.

Pada hari ini SMK Dato' Sheikh Ahmad merupakan sebuah sekolah yang sudah jauh berubah dari segi kemudahan prasarana, suasana P&P yang lebih kondusif dan menepati keperluan pelajar yang dahagakan ilmu. SMK Dato' Sheikh Ahmad hari ini menampung seramai 556 pelajar iaitu 223 pelajar lelaki dan 333 pelajar perempuan. Jumlah guru tetap seramai 47 orang dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan telah menempatkan 10 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih. Jumlah Kakitangan sokongan pula ialah seramai 10 orang. Dan selebihnya Kakitangan Swasta yang ditugaskan menjaga kebersihan. Pada tahun 2008, sekolah ini telah menawarkan Tingkatan 4 Sains Aliran Agama kepada pelajar-pelajar yang berminat meneruskan pelajaran dalam bidang Agama dan Bahasa Arab dan masa yang sama mengambil mata pelajaran Sains Tulen.

AMANAT PENGETUA
UNTUK TAHUN 2009

Volume :1/Mei 2009
Bulan Mei
SIDANG REDAKSI
Penasihat :Pn. Aishah bt. Abu. Bakar
Pengerusi :Pn. Magerwarie a/p H. Krisnan
N. Pengerusi 1 :Pn. Hjh. Umi Saadah bt. Abu Hassan
N. Pengerusi 2 :Tn. Hj. Khalid bin Baharuddin

Ketua Pengarang : Pn. Norizan bt Mohamed Kalam
P. Ketua Peng. : Pn. Cik Ainatul Mahfuzah bt. Raduan
Pem. Teknik : Pn. Suraya Hani bt Md. Yunus
Nurhazlin bt. Ramlan
Ketua Editor : Pn. Rohimah bt. Abdul Hamid

Editor B. Melayu : Pn. Azizah bt, Mohd. Said

Editor B. Inggeris : Pn. Malarvilli A/P Vasu

Wartawan Buletin : Intan Muslyana bt Muslihat
Balqis bt Wahihudin
Darul Adzlizan
Nur Artina bt Abd. Rahman








Latihan secara paiktikal pengstokan bahan buku

Pada 7hb. Febuari 2009 yang lalu Pusat Sumber sekolah
telah berjaya menganjurkan Bengkel Pengurusan dan
Pengstokan bahan buku kepada semua pengawas-pengawas
baru dan lama. Matlamat bengkel tersebut adalah untuk memberi kefahaman kepada pengawas-pengawas PSS bagaimana cara-cara pemerosesan dan pengstokan buku dijalankan. Diharap semua pelajar yang mengikuti kursus ini akan mendapat faedah ilmu pengurusan perpustakaan dan mendapat peluang dalam bidang pekerjaan pada masa akan datang.

Guru Media Pn. Norizan binti Mohamed Kalam telah bertindak sebagai fasilitator dalam bengkel tersebut. Kursus telah berlangsung selama empat jam setengah .Sesi pertama ialah mengenai teori pengurusan bahan buku dan sesi
kedua ialah mengenai pengurusan stok bahan buku secara praktikal.

Kursus telah berjalan lancar dan mendapat sambutan yang baik dari semua pelajar. Pihak Pusat Sumber mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua kerana sokongan moral dan kewangan dan juga kepad semua guru yang terlibat menjayakan program ini.




LAMAN BLOG PSS SMKDSA
http://www.psssmkdsa.blogspot.com
Tahniah diucapkan kepada AJK Pusat Sumber di bawah pimpinan Pn. Norizan kerana berjaya melahirkan “Buletin Sulung” Pusat Sumber sekolah ini. Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru dan pelajar yang menyumbang bahan untuk dimuatkan dalam buletin ini. Diharap dengan lahirnya Buletin Volume1/Mei 2009 dapat mempertingkat dan memperkasakan pusat sumber sekolah ini.

Kejayaan pusat sumber sekolah ini terletak kepada keazaman pelajar yang menguasai dan mencintai ilmu kerana pusat sumber merupakan gedung ilmu pengetahuan dan merupakan prasyarat penting dalam pembangunan diri setiap individu.

Harapan saya supaya buletin ini dapat diterbitkan secara berkala mengikut perancangan Unit PSS.

Semoga usaha dan keikhlasan semua guru dan pelajar diberkati-Nya sepanjang masa.