intro

;

SAMBUTAN TAHUN BARU ISLAM MAAL HIJRAH TAHUN ) 1430HIJRAH MERIAH!!

YM Ust. Hapizi sedang menyampaikan ceramah

Kehadiran tahun baru Islam 1430 Hijrah merupakan salah satu daripada hari kebesaran Islam yang disambut setiap tahun. Sambutan Maal Hijrah merupakan salah satu usaha untuk memupuk semangat hijrah dalam diri individu muslim. Pihak Panitia Pendidikan Islam SMK Dato’ Ahmad berbesar hati menganjurkan Sambutan Maal Hijrah tahun ini bagi meneruskan kesinambungan syiar Islam.

Sambutan Majlis Peringkat Sekolah ini telah diadakan pada 23. Januari 2009 bertempat di Dataran Perhimpunnan Sekolah. Acara berlangsung dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 9.30 pagi.

Penceramah yang dijemput pada pagi itu ialah Yang Mulia Ustaz Mohd. Hapizi bin Mohd. Ali (Penolong Pengarah Operasi Dakwah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan). Beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk : “Rasulullah sebagai Ikutan Pelajar”, beliau memberi penekanan kepada aspek kepimpinan pelajar dan mengingatkan pelajar supaya membina sifat kepimpinan dan sayang–menyayangi antara satu sama lain kerana perjuangan menegakkan Islam bermula daripada kesepaduan ummah. Beliau juga mengingatkan pelajar supaya sentiasa peka kepada perjuangan ummah Islam seluruh dunia dan mengambil ikhtibar tentang peristiwa perjuangan rakyat Palestin menentang kezaliman zionis di Palestin.

Beliau juga menyentuh tentang sikap senior-senior yang suka membuli pelajar junior. Beliau merayu semua pelajar senior terutamanya pelajar lelaki supaya menukar sikap daripada jadi pembuli kepada pelajar baru kepada sikap menyayangi, memimpin mereka serta memberi tunjuk ajar kepada mereka ke arah sifat yang diredhai Islam.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan jamuan ringan di kantin sekolah. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Mulia Ustaz.

No comments:

Post a Comment