intro

;

Minggu Peperiksaan

Minggu Peperiksaan dah kunjung tiba di D.S.A......haaa ni tips untuk pelajar-pelajar D.S.A...kalau anda semua ikut tips2 yg di beri nie....INSYAALLAH anda semua mampu beroleh kejayaan jika lakukannya dengan penuh usaha dan semangat yang waja untuk berjaya....Cikgu2 D.S.A ni always berdoa untuk anda....dan sentiasa membantu anda....tapiiiiiiii....hanya anda yang mampu mengubah hidup anda.....

1. Jangan lewat hadir ke sekolah ( ni paling penting )

2. Meskipun terdapat selang hari yang tiada kertas peperiksaan jangan keluar rumah atau asrama tanpa tujuan.

3. Gunakan saat-saat akhir dengan penuh manfaat, ulangkaji semua subjek dengan “smart”.

4. Kuarantin diri sendiri, jauhkan sebarang gangguan dan hormati rakan-rakan.

5. Kurangkan aktiviti luar yang boleh meletihkan.

Tidak lupa sama sekali perkara berikut amat penting untuk diamalkan:

1. Bangun selalu awal pagi buat solat tahajud, solat hajat dan doa mohon dipermudahkan.

2. Sentiasa tenang, membaca al-Quran, berwuduk dan sentiasa bersangka baik.

3. Mohon doa dan restu ibu bapa, guru dan rakan-rakan.

4. Maafkan segala kesalahan orang dan mohon maaf pada semua.

Semoga beroleh kejayaan dengan lebih cemerlang.

TaZkIrAh MinGGu InI


SHEIKH Muhammad Ahmad Ar Rashid dalam karyanya yang terkenal, Al-Muntalaq menceritakan perihal anak-anak muda, generasi muslimin pada masa ini yang seolah-olah menjadi anak-anak singa yang diubah menjadi kijang-kijang yang pengecut. Beliau merumuskan tentang satu generasi yang melupakan sejarah keagungan lampau umatnya.


Suatu umat jihad yang mencintai kebenaran telah dimomokkan dengan idea-idea dan pemikiran yang palsu sehingga mereka melupai sejarah kemenangan umatnya. Mereka kini dididik supaya menjadi materialistik hingga akhirnya kebanyakan mereka dangkal fikirannya. Jika ada yang mempunyai kesedaran ingin membangunkan masyarakat, banyaknya yang berlandaskan idea-idea yang bukan berdasarkan neraca Islam.


Anak-anak muda pada hari ini sebenarnya hamba. Mereka pula gemar pada perhambaan. Alat-alat yang digunakan untuk menjadikan hamba gembira dengan perhambaan itu banyak sekali pada hari ini. Namun, salah satu alat yang begitu besar impaknya ialah bahan lucah, pornografi. Pornografi ia suatu wabak, penyakit dan suatu gejala yang unik.Budaya kelucahan melampau ini telah melanda muda-mudi umat dengan suatu badai yang sangat dahsyat sekali.


Dahulu, mungkin tidak pernah terbayang di benak fikiran sesiapa pun untuk membaca kisah seorang remaja dirogol belasan lelaki. Tapi, berita sejenis dengan itu selalu timbul pada masa ini. Begitu juga dengan merogol kanak-kanak, seks luar tabii, dan macam-macam lagi gejala kelucahan melampau dalam masyarakat.


Dahulu, bila disebut pornografi, kita hanya akan terbayang video-video lucah yang dibawa dari Siam, Barat dan lain-lain. Siapa sangka pula kini anak kita sendiri yang membikin pornografi?!Anak gadis kita begitu bangga sekarang merakam aksi bersama pasangan; gadis bertudung! Anak muda sudah berani mengeksperimen dengan telefon bimbit mereka. Hinggakan sekolah juga tidak terselamat daripada budaya kelucahan melampau ini.Segenap lapisan masyarakat kini terlibat dan tertarik ke lembah pornografi ini.


Daripada pelajar sekolah sehinggalah ahli politik. Media terus menerapkan budaya kelucahan sedikit demi sedikit ke dalam pemikiran masyarakat. Secara sedar atau tidak, media kita menjadi agen pornografi di tanah air.Pergi sahaja ke vendor-vendor majalah dan akhbar jalanan dan nilai sendiri longgokan sampah sarap yang dijual secara terbuka kepada masyarakat. Maka, amat tidak peliklah jika kita lihat anak-anak muda hari ini semakin lalai dari landasan Islam.rakan seperjuangan sekalian, di negara blok Barat, walaupun seks bebas itu menjadi norma, jarang sekali kedengaran pelajar-pelajar sekolah yang merakam kegiatan mereka.


Jarang terdengar gadis dirogol belasan pemuda. Jarang sekali tabloid-tabloid yang mengandungi kelucahan terlampau dijual secara bebas seperti di Malaysia. Maka persoalan yang timbul, sampai bilakah akan kita salahkan Barat tentang kepincangan akhlak yang melanda muda-mudi kita?Bukanlah jarang dibaca tentang para pemudi yang membuat laporan polis mengenai bekas pasangan yang menyebarkan aksi terlarang mereka.


Maka, kita fikirkan, apa telah jadi?

Ketika anak-anak gadis bertudung menjaja mahkota mereka dalam video-video Internet, apa perasaan kita?

Apa yang telah terjadi?

Pornografi meracuni akal dan jiwa masyarakat.

Apa yang telah terjadi? Lalu kita pula bersorak-sorai berbangga dengan masjid-masjid yang indah. Islam sebagai agama rasmi dan pendidikan Islam di sekolah. Tapi soalnya, di mana dia roh itu? Pokoknya, kita telah gagal dan akan terus gagal andai kita tidak mencari segera jalan pembaikan...


Wallahua'lam.... Semoga kita bersama-sama mengambi ikhtibar...Demi Islam tercinta...

Bengkel Pengurusan dan Pengoperasian Bahan Buku PSS



Pada 7hb. Febuari 2009 yang lalu Pusat Sumber sekolah telah berjaya menganjurkan Bengkel Pengurusan dan Pengstokan bahan buku kepada semua pengawas-pengawas baru dan lama. Matlamat bengkel tersebut adalah untuk memberi kefahaman kepada pengawas-pengawas PSS bagaimana cara-cara pemprosesan dan pengstokan buku dijalankan. Adalah diharapkan semua pelajar yang mengikuti kursus ini akan mendapat faedah ilmu pengurusan perpustakaan dan mendapat peluang dalam bidang pekerjaan pada masa akan datang.

Guru Media Pn. Norizan binti Mohamed Kalam telah bertindak sebagai fasilitator dalam bengkel tersebut. Kursus telah berlangsung selama empat jam setengah, sesi pertama ialah mengenai teori pengurusan bahan buku dan sesi kedua ialah mengenai pengurusan stok bahan buku secara praktikal.

Kursus tersebut telah berjalan lancar dan mendapat sambutan yang baik dari semua pelajar. Pihak Pusat Sumber mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua kerana sokongan moral dan kewangan dan juga kepada semua guru yang terlibat menjayakan program ini.

Kepada semua pelajar yang telah mendapat kemahiran hasil dari bengkel yang telah diikuti diharap dapat menggunakan kemahiran tersebut untuk kerja-kerja pengurusan bahan Pusat Sumber.